Nuffnang Ads

Monday, October 6, 2014

Pewangi Rumah

Assalamualaikum....
hope semua sihat sejahtera semua, macam mana raya aidiladha anda? jangan makan terlalu banyak daging tau, tak bagus untuk kesihatan.
Hari ni nak share tentang masalah bau dalam rumah/ dapur. kalau cos yang kita ada xbanyak jgn risau...
Hasilkan pewangi udara sendiri semudah 1,2 dan 3. Bukan sahaja jimat belanja malah boleh menghasilkannya pada bila-bila masa sahaja setiap kali di perlukan. Jom cuba.

Bahan-bahan:

Botol penyembur
Sudu
Air
Pewangi bunga kering/ minyak wangi dengan bauan yang digemari


Langkah-langkahnya:

1. Masukkan Pewangi bunga kering/ minyak wangi ke dalam botol
2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga penuh botol
3. Akhir sekali, goncangkan botol tersebut sehingga bahan tersebut sebati dan bolehlah menyembur ke ruang dapur or ruang tamu anda untuk menghasilkan aroma yang menyenangkan serta dapat menhilangkan bau-bauan yang kurang menyenangkan
kaedah ini jugak boleh digunakan untuk ruang bilik

Thursday, October 2, 2014

BENTUK MUKA DAN PERSONALITI

Assalamualaikum...
ramai yang pelik bila seorang tua dapat membaca perangai or bahasa lainnya personaliti seseorang yang baru mereka kenali. Jom kenali wajah dan personaliti anda :

Panjang dan tirus :-

Mereka yang memiliki bentuk wajah seperti ini umumnya bersifat sabar dan memiliki keteguhan hati. Mereka juga memiliki peribadi menarik dan tidak suka menangguh kerja.




Bulat :-

Bentuk mukanya yang bulat menandakan die seorang yang mempunyai kekuatan diri dan harapan tinggi. Dirinya gemar perhatian dan mampu mengubah suasana kaku kepada keadaan yang penuh gelak ketawa.

Monday, September 1, 2014

Cadangan Untuk Perniagaan

Assalamualaikum...

Hari ni nak kongsikan pendapat dan nak bagi cadangan bagi sesiapa yang berminat unutk menjadi bos diri sendiri, maksudnya usahawan.

1) Perniagaan Makanan

        - Sebagai contoh perniagaan makanan kering seperti kerepek dan biskut. Kenapa perniaaan ni dikira rasional untuk diusahakan adalah kerana setiap barangan ini mempunyai tarikh tamat tempoh yang agak lama berbanding dengan makanan basah seperti kuih-muih.



       - Selain itu juga, harga modal yang diperlukan adalah rendah dan tidak akan mengalami kerugian dalam tempoh yang pendek. Malahan snek dan biskut ni merupakan makanan kegemaran ramai.



2) Perniagaan Asas Tani 

       - Perniagaan asas tani yang dimaksudkan adalah seperti baja, bijih benih, makanan haiwan peliharaan sperti lembu dan ayam, racun  dan juga barangan alatan ladang. Perniagaan ini sesuai dijalankan bagi mereka yang berada dikawasan luar bandar dan kawasan kampung.




3) Perniagaan Pakaian

     - Kebiasaannya pernngikuti perkembangan semasa mengenai fesyen dan berani untuk mencuba menggayakan fesyen-fesyen terkini untuk menarik mminat pembeli.



Perniagaan diatas sesuai dijalankan secara terus dan secara online. Bagaimanapun terdapat banyak  perniagaan ain lagi yang dapat menghasilkan keuntungan dan kepuasan kepada pengguna dan juga perniaga.





Wednesday, April 9, 2014

Tips Memilih Tudung....

Hai semua,hari ni saya ada terbaca dalam beberapa majalah n blog kawan-kawan..diorg ada kongsikan beberapa tips untuk sesuaikan baju dan tudung/selendang untuk dipakai samaada untuk majlis rasmi atau santai. Apa yg sy nak kongsikan ialah rumusan dari bacaan yg telah saya buat:

1) Pilih fabrik yang mudah menyerap peluh dan bersesuaian contohnya kain kapas. 

2) Elakkan dari memakai tudung dan baju yang berwarna n corak yg sama.

3) Untuk kelihatan lebih elegant dan muda adalah lebih baik memilih tudung yang berwarna ceria dan tidak kusam.


4) Untuk yang berwajah bulat, jangan pakai tudung yang sarat dengan bunga, anda akan kelihatan tidak kemas.

5) Untuk tampil ceria dan berani, pilih warna yang terang. 

6) pilih kerongsang yang bersesuaian dengan tudung yang dipakai.

Tuesday, April 1, 2014

PENING...PENING....

Hari ini aktiviti aku depan lappy ni je....bosannnnnn...
duk blja cara nak share iklan dari churp tapi tak dapat-dapat jugak...
ada tak orang yang boleh ajarkan secara detailnya, cara nak share churp tu...
kalau ada sudi sudikanlah diri tue share dengan saya cara-caranya ye...
sharing is caring, right??? hehehee....

Buah cempedak di luar pagar,
Ambik galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

eh!!!!!
sesuai ke pantun ni digunakan????? hentam jelah labu...

Saturday, March 29, 2014

Hobi Ayah.....

SALAM SEJAHTERA SEMUA....

bila tengok ayah berkebun macam seronok je..tp bila join sekali terasa penat la plak...
bila tengok je hasilnya seronok...

haaa.....ni salah satu hasilnya....cantikkan..

nie satu lagi bunga okid yang menambat hati...tengok real lagilah geram sbb cantik sgt

ayah byk tanam pokok-pokok bunga ni..macam-macam jenis bunga yang dia tanam contohnya okid, bunga kertas, bunga santalia, pokok bongsai and beberapa lagi bunga lain...
Bila semua pokok-pokok ni start berbunga memang meriah depan rumah ni dengan macam-macam jenis bunga yang dia tanam.
lepas ni  sy nak share gambar-gambar pokok bongsai ayah plak....