Nuffnang Ads

Monday, October 6, 2014

Pewangi Rumah

Assalamualaikum....
hope semua sihat sejahtera semua, macam mana raya aidiladha anda? jangan makan terlalu banyak daging tau, tak bagus untuk kesihatan.
Hari ni nak share tentang masalah bau dalam rumah/ dapur. kalau cos yang kita ada xbanyak jgn risau...
Hasilkan pewangi udara sendiri semudah 1,2 dan 3. Bukan sahaja jimat belanja malah boleh menghasilkannya pada bila-bila masa sahaja setiap kali di perlukan. Jom cuba.

Bahan-bahan:

Botol penyembur
Sudu
Air
Pewangi bunga kering/ minyak wangi dengan bauan yang digemari


Langkah-langkahnya:

1. Masukkan Pewangi bunga kering/ minyak wangi ke dalam botol
2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga penuh botol
3. Akhir sekali, goncangkan botol tersebut sehingga bahan tersebut sebati dan bolehlah menyembur ke ruang dapur or ruang tamu anda untuk menghasilkan aroma yang menyenangkan serta dapat menhilangkan bau-bauan yang kurang menyenangkan
kaedah ini jugak boleh digunakan untuk ruang bilik

Thursday, October 2, 2014

BENTUK MUKA DAN PERSONALITI

Assalamualaikum...
ramai yang pelik bila seorang tua dapat membaca perangai or bahasa lainnya personaliti seseorang yang baru mereka kenali. Jom kenali wajah dan personaliti anda :

Panjang dan tirus :-

Mereka yang memiliki bentuk wajah seperti ini umumnya bersifat sabar dan memiliki keteguhan hati. Mereka juga memiliki peribadi menarik dan tidak suka menangguh kerja.




Bulat :-

Bentuk mukanya yang bulat menandakan die seorang yang mempunyai kekuatan diri dan harapan tinggi. Dirinya gemar perhatian dan mampu mengubah suasana kaku kepada keadaan yang penuh gelak ketawa.